sketch Zombie-X episode_6

Sunday, December 26, 2010

UMBRA # 8!

Friday, December 10, 2010

Dalam bulan disember baru-baru ini.....umbra isu 8 telah pun diterbitkan. Kepada pembaca dan peminat sekalin segera lah dapatkannya!

 
Umbra isu 8 ( cover by: Ri)

komik Pahlawan Pedang 6 muka surat aku.....hihi stroke dan stail lukisan Budak kilat nie. Korang nak tahu apa yang terjadi kat Dino yang nak menuntut ilmu pedang ni? jadi dapatkan lah umbra cepat!!!



Aku Harus Kuat!

Wednesday, December 8, 2010


           A'salamualaikum semua...... korang cehat x? terima kasih bagi sesiapa yang sudi mengikuti perkembangan aku ini. Baru-baru ni, aku dah siapkan beberapa cerita untuk diterbitkan. Dan selepas komik tu diterbitkan, barulah aku mendapati cerita dan stail lukisan aku ada sedikit berbeza berbanding dahulu. Pelik jugak bila aku lihat stail aku, bagi aku ada beberapa kesilapan dari segi lukisan dan cerita yang cuba aku sampaikan... Warrrgggh.....aku ingatkan motif cerita aku berjaya disampaikan,namun apabila aku sendiri membacanya...rasa can tunggang langgang pulak. Apa-apa pun,terima kasih kepada korang yang ada jugak memberi komen. Bagi aku, sekarang adalah masa untuk aku serius,dan tidak menoleh ke belakang lagi. Aku akan berusaha untuk sampaikan cerita yang berkesan dan menarik untuk pembaca......ADIOOOSSSSS!!!
Dan selamat Tahun Baru semua :-)

Lakaran Zombie-X ( olahan cerita insyaAllah akan buat korang terus mengikuti cerita aku ni)


Antara episode komik terbaru aku "Remaja Bertopeng" yang telah disiapkan, dalam cerita ni aku cuba sampaikan mesej tertentu kepada pembaca.



Karya Dahulu Dan Sekarang

Sunday, November 14, 2010

 

         Untuk meningkatkan skill ataupun teknik melukis dan penceritaan, aku slalu jugak mengulang kaji dengan membuat bermacam-macam rujukan pada pelbagai komik. Aku tidak putus-putus mengeluarkan sejumlah wang untuk membuat rujukan kerana aku juga masih dianggap 'budak baru belajar'. Syukur kepada  Allah kerana dapat jugak aku melihat karya ke-2 aku selepas Budak Kilat iaitu Master Doll.
Mungkin bagi sesiapa yang sudah membaca akan memberi komen atau kritikan...bagi aku kritikan mahupun dorongan yang diberi memberi aku seribu satu pengalaman dalam berkarya komik ni.....Antara karya yang tengah aku siapkan sekarang ialah Zombie-x, Remaja  Bertopeng dan beberapa cerita untuk majalah UMBRA.
      Di dalam komik UMBRA aku membuat edisi semula komik Ewan dan Eli yang dahulu pernah diterbitkan dalam majalah UMBRA. Diatas feedback yang diberikan pembaca kurang memuaskan,aku terpaksa menghentikan atau mematikan cerita tersebut. Tapi diadalam isu UMBRA akan datang, aku telah membuat coming back  untuk komik Ewan dan Eli ni. Sama-samalah kita nantikan ye.....Salah dan silap harap dimaafkan dan diberi tunjuk ajar oleh kalian....

             EWAN DAN ELI                                                      REMAJA BERTOPENG



Akar Creative @ SMK Kompleks KLIA nilai Negeri 9

Saturday, November 6, 2010

Asslamualaikum buat semua pengunjung laman web blog maskeyartzone ni..... Syukur aku masih masih terus berada dalam industri pekomikan ni walaupun masih banyak yang perlu dipelajari. Pada 3hb yang lalu, Akar Creative telah menjemput aku untuk turun padang dan bersama-sama mempromosikan karya-karya oleh kartunis akar. Lokasi tersebut bertempat di Sekolah Kompleks KLIA nilai Negeri 9.
           Syukur ke hadrat Ilahi.....segalanya berjalan dengan lancar dan meriah dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua pelajar sekolah tersebut. RESPEK! kat korang semua yang tak putus-putus menyokong Akar Creative haritu >___<

 Antara event yang sempat dirakam 


Lihatlah bertapa bersemangatnya diorang nie semua!




Diorang nie tengah mendapatkan autograf dan melihat demonstrasi oleh para kartunis




saudara Must dari gang Boneka Life melayan peminat2 kecilnya... baju T yg dibawa laris macam goreng pisang panas... beliau jugak terlibat dengan pembikinan komik remaja!



 En. SbS memberi sedikit taklimat dan nasihat kepada pelajar2





Cik Noris @ Niza @ Noorismaniza mewakili Akar Creative menerima cenderahati dari pihak sekolah...

Disekolah tersebut, karya aku Master Doll buat pertama kalinya dipromosikan.....Diharapkan korang akan menyokong aku dan team Akar Creative yang lain o.k ^___^

Master Doll (book 1)

Artis Komik: Maskey
Warna: Bop a.k.a Katana
Genre: Aksi
M/s: 52
Harga: 5.00
Terbitan: Akar Creative

KOmIK REmaJa!

Saturday, October 2, 2010

salam....hihi sudah lama tidak mengupdate blog aku nie...maklum ler baru ja baik dari demam.
kepada korang yang beragama islam mugkin sempat lagi kot untuk aku ucapakan selamat hari raya maaf zahir & batin..... pada bulan ogos yang lalu aku telah pun menyiapkan komik Master Doll isu ke-4 yang berjudul 'Erik Twins'. Bagi aku, isu ke-4 kali ni membawa perubahan besar buat diri aku sebab isu 4 nie juga telah membolehkan aku membuat stroke dan stail lukis yang lebih kemas.....dapat disimpulkan bahawa isu ke-4 Master Doll kali nie mempunyai gaya dan penceritaan yang lebih bagus.

Sewaktu cuba menyiapkan isu yang seterusnya, aku juga tengah menyiapkan cerita Zombie-X untuk majalah komik Remaja nie. Alhamdulillah...segalanya dapat aku selesaikan dengan baik.....kepada Apak diruangan editorial Umbra aku ingin ucapkan semoga sukses walaupun tidak lagi menceloteh diruangan Umbra. Apak ko memang best!


 KOMIK  REMAJA- Bakal menemui korang bulan oktober ni...Antara artis komik yang terlibat ialah Kiyuq, Red, Yukimi, Skullo dan aku (maskey)



Zombie-X episode ke-2 menceritakan dimana Zakry (watak utama) telah menyertai 1 pertandingan mencari harta karun! Dalam pertandingan tu dia juga telah berjumpa dengan seorang pemuda yang mempunyai kebolehan luar biasa...

Umbra isu 5 & komik Zombie-X!

Thursday, August 5, 2010

Alhamdulillah...Umbra isu ke-5 telah pun berada kat pasaran..... isu kali nie menampilkan tema kemerdekaan. Alhamdulillah... bersyukur aku sebab masih dapat menyumbangkan karya yang tidak seberapa. Diharapkan dapat menghasilkan komik yang lebih jitu dari segi cerita mahupun karya aku tersebut. Umbra dah pun mencecah sehingga isu ke-5 dan aku sentiasa mendoakan agar Umbra dapat terus bertahan di arena pekomikkan tanah air. Aku berbangga dapat berkarya bersama-sama artis komik lain utnuk Umbra sebab, aku berpendapat Umbra adalah sebuah majalah yang menjadi platform untuk artis komik yang baru.

          Akar creative semakin giat menerbitkan komik hebat seperti..... Anda Tahu Ke? oleh Lembu Rock TKM, Sengalova oleh Kalipso dan Mereka oleh Rabun. Cayalah!  Akar creative dan Umbra memang best!
Sebuah majalah baru bakal diterbitkan,iaitu majalah Remaja. Dalam majalah ni aku telah buat cerita yang berunsurkan pengembaraan. Zombie-X merupakan karya 10(m/s) aku yang pertama untuk majalah ni. Semoga ianya dapat memberi kepuasan kepada semua pembaca kelak.


UMBRA ISU-5!



 















ZOMBIE-X!

Zombie-X ialah menceritakan tentang seorang remaja (Zakry) yang merupakan seorang manusia separuh  zombie. Biarpun begitu, Zakry ingin sekali menggunakan kekuatan zombienya itu untuk menghapuskan zombie-zombie yang membuat onar serta kekacauan! Zakry juga ingin menubuhkan sebuah organisasi yang diberi nama Zombie-X untuk menghapuskan zombie-zombie jahat dan nakal....hehehe

Karya & Terus berkarya!!!

Friday, June 18, 2010

         Yesss! Aku amat lega seperti orang yang baru lepas menduduki exam,hehehe..... Beberapa hari lalu, aku sukar untuk mencari idea atau membuat cerita baru untuk komik yang akan datang. Rutin setiap hari aku ialah...idea,idea dan idea.... Asyik2 perah otak mencari cerita yang baru dan menarik! Mujurlah aku diselamatkan oleh bahan rujukan aku.....DragonBall! karya Akira Toriyama. Selain menggunakan  bahan rujukan komik luar,aku juga menggunakan pelbagai komik tempatan seperti Kijiya karya Zint, detektif hantu Totoro dan banyak lagi. Kesimpulan disini ialah, sebagai seorang artis komik yang baik mestilah membaca seberapa banyak komik yang boleh. Setuju tak korang???


Antara komik yang dah siap untuk berlepas!


Game Maniac! (6 m/s)
















OTie ( 4m/s)
















Komik Master Doll untuk buku yang akan datang.....coming soon.....

TOY STORY Menyerang!!!

Wednesday, June 9, 2010

Kalau tak silap aku,Toy Story mula-mula dicipta pada tahun 1995. Disaat kemunculannya, aku menjadi amat teruja sebab ianya merupakan animasi yang paling aku minat( upin ipin pun minat sangat!) Bila dapat tahu yang Toy Story akan kembali ke pawagam, aku amat gumbira tak terhingga! Jadi 17 jun nie,insyaAllah aku takkan lepaskan peluang untuk saksikan animasi Toy Story 3.

               Toy Story(1995)                                  Toy Story2(1999)               Toy Story3(2010)
                                                                             

                                                                       




Aku & Budak Kilat

Wednesday, June 2, 2010



            Syukur ke hadrat-Nya... dapat jugak aku ringan-ringan tangan nie untuk update blog. Aku dan budak kilat sedikit sebanyak memberi pengalaman yang berharga buat diriku. Walaupun merupakan komik yang belum dikenali ramai,namun aku berbangga... bukan bangga kerana komik yang aku buat tu cantik,tapi berbangga kerana aku diberi peluang untuk berkarya... Terima kasih Akar Creative serta warga kerjanya yang tak putus-putus menyokong aku.....(korang la tulang belakang aku hihi). Bila aku baca balik komik budak kilat nie,memang banyak kesilapan sana sini,maklumlah manusia mana yang tak pernah melakukan kesilapan?? Walaupun begitu, tunjuk ajar dari yang berpengalaman menguatkan semangatku untuk terus dan terus berkarya.

Hari tu Akar creative menghubungi aku, mereka menyuruh aku untuk buat sambungan Master Doll, aku pun tanya..." kenapa tak buat sekuel Budak kilat?" (hehehe sebenarnya aku tengah tunggu lampu hijau dari diorang). Cakap pasal Budak Kilat nie.....urm......sebenarnya budak kilat nie sudah pun dibuat oleh kartunis lain, ada yang cakap komik ni dari negara seberang. Aku punyalah terkejut! aku ingatkan budak kilat nie blm dibuat oleh sesiapa. Salah aku.....taknak buat kajian dulu,dah kena batang hidung baru nak sedar. Anyway, aku nak ucapakan beribu terima kasih kat colour man aku katana (aku tak pernah pun jumpa katana nie).
Walaupun berjauhan tempat kerja,namun aku dan katana dapat berkerjasama dengan baik. P/s: katana turut terlibat dalam proses pembikinan Master doll.


             Bulan baru hari baru  bermulalah proses pembikinan majalah sebelas11, majalah nie merupakan majalah berkaitan dengan bola. Ianya sesuai untuk golongan kanak-kanak yang berumur dari 5-12 tahun. Tapi kalau korang nak baca apa salahnya kan.....InsyaAllah majalah nie bakal menemui korang dipasaran julai nanti.


Nalo ( Majalah Sebelas 11)

Lakaran yang sudah disiapkan





















Watak Nalo ( Majalah Sebelas 11)









Love You & Comics

Tuesday, June 1, 2010

Biar pun baru melibatkan diri dalam bidang perkomikan nie,namun aku tetap mahu berusaha untuk menghasilkan yang terbaik buat pembaca semua. Dengan pengetahuan serta tunjuk ajar, aku mampu untuk membuat sesuatu yang baru. Karya aku(Master Doll) yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. Semoga komik aku kali ni dapat memberi korang kepuasan semasa membacanya...pergh...serius gila...

Super Penguin!

Monday, April 26, 2010

this is character new I make, but still do not know the way story. wants to do comic comedies...he he he...



Mini poster! for Master Doll Comic

Thursday, April 15, 2010

Khai and Zeto


Jimmy and Rocky