Karya & Terus berkarya!!!

Friday, June 18, 2010

         Yesss! Aku amat lega seperti orang yang baru lepas menduduki exam,hehehe..... Beberapa hari lalu, aku sukar untuk mencari idea atau membuat cerita baru untuk komik yang akan datang. Rutin setiap hari aku ialah...idea,idea dan idea.... Asyik2 perah otak mencari cerita yang baru dan menarik! Mujurlah aku diselamatkan oleh bahan rujukan aku.....DragonBall! karya Akira Toriyama. Selain menggunakan  bahan rujukan komik luar,aku juga menggunakan pelbagai komik tempatan seperti Kijiya karya Zint, detektif hantu Totoro dan banyak lagi. Kesimpulan disini ialah, sebagai seorang artis komik yang baik mestilah membaca seberapa banyak komik yang boleh. Setuju tak korang???


Antara komik yang dah siap untuk berlepas!


Game Maniac! (6 m/s)
















OTie ( 4m/s)
















Komik Master Doll untuk buku yang akan datang.....coming soon.....

TOY STORY Menyerang!!!

Wednesday, June 9, 2010

Kalau tak silap aku,Toy Story mula-mula dicipta pada tahun 1995. Disaat kemunculannya, aku menjadi amat teruja sebab ianya merupakan animasi yang paling aku minat( upin ipin pun minat sangat!) Bila dapat tahu yang Toy Story akan kembali ke pawagam, aku amat gumbira tak terhingga! Jadi 17 jun nie,insyaAllah aku takkan lepaskan peluang untuk saksikan animasi Toy Story 3.

               Toy Story(1995)                                  Toy Story2(1999)               Toy Story3(2010)
                                                                             

                                                                       




Aku & Budak Kilat

Wednesday, June 2, 2010



            Syukur ke hadrat-Nya... dapat jugak aku ringan-ringan tangan nie untuk update blog. Aku dan budak kilat sedikit sebanyak memberi pengalaman yang berharga buat diriku. Walaupun merupakan komik yang belum dikenali ramai,namun aku berbangga... bukan bangga kerana komik yang aku buat tu cantik,tapi berbangga kerana aku diberi peluang untuk berkarya... Terima kasih Akar Creative serta warga kerjanya yang tak putus-putus menyokong aku.....(korang la tulang belakang aku hihi). Bila aku baca balik komik budak kilat nie,memang banyak kesilapan sana sini,maklumlah manusia mana yang tak pernah melakukan kesilapan?? Walaupun begitu, tunjuk ajar dari yang berpengalaman menguatkan semangatku untuk terus dan terus berkarya.

Hari tu Akar creative menghubungi aku, mereka menyuruh aku untuk buat sambungan Master Doll, aku pun tanya..." kenapa tak buat sekuel Budak kilat?" (hehehe sebenarnya aku tengah tunggu lampu hijau dari diorang). Cakap pasal Budak Kilat nie.....urm......sebenarnya budak kilat nie sudah pun dibuat oleh kartunis lain, ada yang cakap komik ni dari negara seberang. Aku punyalah terkejut! aku ingatkan budak kilat nie blm dibuat oleh sesiapa. Salah aku.....taknak buat kajian dulu,dah kena batang hidung baru nak sedar. Anyway, aku nak ucapakan beribu terima kasih kat colour man aku katana (aku tak pernah pun jumpa katana nie).
Walaupun berjauhan tempat kerja,namun aku dan katana dapat berkerjasama dengan baik. P/s: katana turut terlibat dalam proses pembikinan Master doll.


             Bulan baru hari baru  bermulalah proses pembikinan majalah sebelas11, majalah nie merupakan majalah berkaitan dengan bola. Ianya sesuai untuk golongan kanak-kanak yang berumur dari 5-12 tahun. Tapi kalau korang nak baca apa salahnya kan.....InsyaAllah majalah nie bakal menemui korang dipasaran julai nanti.


Nalo ( Majalah Sebelas 11)

Lakaran yang sudah disiapkan





















Watak Nalo ( Majalah Sebelas 11)









Love You & Comics

Tuesday, June 1, 2010

Biar pun baru melibatkan diri dalam bidang perkomikan nie,namun aku tetap mahu berusaha untuk menghasilkan yang terbaik buat pembaca semua. Dengan pengetahuan serta tunjuk ajar, aku mampu untuk membuat sesuatu yang baru. Karya aku(Master Doll) yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. Semoga komik aku kali ni dapat memberi korang kepuasan semasa membacanya...pergh...serius gila...