KOmIK REmaJa!

Saturday, October 2, 2010

salam....hihi sudah lama tidak mengupdate blog aku nie...maklum ler baru ja baik dari demam.
kepada korang yang beragama islam mugkin sempat lagi kot untuk aku ucapakan selamat hari raya maaf zahir & batin..... pada bulan ogos yang lalu aku telah pun menyiapkan komik Master Doll isu ke-4 yang berjudul 'Erik Twins'. Bagi aku, isu ke-4 kali ni membawa perubahan besar buat diri aku sebab isu 4 nie juga telah membolehkan aku membuat stroke dan stail lukis yang lebih kemas.....dapat disimpulkan bahawa isu ke-4 Master Doll kali nie mempunyai gaya dan penceritaan yang lebih bagus.

Sewaktu cuba menyiapkan isu yang seterusnya, aku juga tengah menyiapkan cerita Zombie-X untuk majalah komik Remaja nie. Alhamdulillah...segalanya dapat aku selesaikan dengan baik.....kepada Apak diruangan editorial Umbra aku ingin ucapkan semoga sukses walaupun tidak lagi menceloteh diruangan Umbra. Apak ko memang best!


 KOMIK  REMAJA- Bakal menemui korang bulan oktober ni...Antara artis komik yang terlibat ialah Kiyuq, Red, Yukimi, Skullo dan aku (maskey)



Zombie-X episode ke-2 menceritakan dimana Zakry (watak utama) telah menyertai 1 pertandingan mencari harta karun! Dalam pertandingan tu dia juga telah berjumpa dengan seorang pemuda yang mempunyai kebolehan luar biasa...