Karya Dahulu Dan Sekarang

Sunday, November 14, 2010

 

         Untuk meningkatkan skill ataupun teknik melukis dan penceritaan, aku slalu jugak mengulang kaji dengan membuat bermacam-macam rujukan pada pelbagai komik. Aku tidak putus-putus mengeluarkan sejumlah wang untuk membuat rujukan kerana aku juga masih dianggap 'budak baru belajar'. Syukur kepada  Allah kerana dapat jugak aku melihat karya ke-2 aku selepas Budak Kilat iaitu Master Doll.
Mungkin bagi sesiapa yang sudah membaca akan memberi komen atau kritikan...bagi aku kritikan mahupun dorongan yang diberi memberi aku seribu satu pengalaman dalam berkarya komik ni.....Antara karya yang tengah aku siapkan sekarang ialah Zombie-x, Remaja  Bertopeng dan beberapa cerita untuk majalah UMBRA.
      Di dalam komik UMBRA aku membuat edisi semula komik Ewan dan Eli yang dahulu pernah diterbitkan dalam majalah UMBRA. Diatas feedback yang diberikan pembaca kurang memuaskan,aku terpaksa menghentikan atau mematikan cerita tersebut. Tapi diadalam isu UMBRA akan datang, aku telah membuat coming back  untuk komik Ewan dan Eli ni. Sama-samalah kita nantikan ye.....Salah dan silap harap dimaafkan dan diberi tunjuk ajar oleh kalian....

             EWAN DAN ELI                                                      REMAJA BERTOPENG



Akar Creative @ SMK Kompleks KLIA nilai Negeri 9

Saturday, November 6, 2010

Asslamualaikum buat semua pengunjung laman web blog maskeyartzone ni..... Syukur aku masih masih terus berada dalam industri pekomikan ni walaupun masih banyak yang perlu dipelajari. Pada 3hb yang lalu, Akar Creative telah menjemput aku untuk turun padang dan bersama-sama mempromosikan karya-karya oleh kartunis akar. Lokasi tersebut bertempat di Sekolah Kompleks KLIA nilai Negeri 9.
           Syukur ke hadrat Ilahi.....segalanya berjalan dengan lancar dan meriah dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua pelajar sekolah tersebut. RESPEK! kat korang semua yang tak putus-putus menyokong Akar Creative haritu >___<

 Antara event yang sempat dirakam 


Lihatlah bertapa bersemangatnya diorang nie semua!




Diorang nie tengah mendapatkan autograf dan melihat demonstrasi oleh para kartunis




saudara Must dari gang Boneka Life melayan peminat2 kecilnya... baju T yg dibawa laris macam goreng pisang panas... beliau jugak terlibat dengan pembikinan komik remaja!



 En. SbS memberi sedikit taklimat dan nasihat kepada pelajar2





Cik Noris @ Niza @ Noorismaniza mewakili Akar Creative menerima cenderahati dari pihak sekolah...

Disekolah tersebut, karya aku Master Doll buat pertama kalinya dipromosikan.....Diharapkan korang akan menyokong aku dan team Akar Creative yang lain o.k ^___^

Master Doll (book 1)

Artis Komik: Maskey
Warna: Bop a.k.a Katana
Genre: Aksi
M/s: 52
Harga: 5.00
Terbitan: Akar Creative