Art! Music! Figure!

Monday, February 28, 2011

Asalamualaikum semua rakan yang sedang melihat blog ini, terima kasih diatas sokongan yang diberi. InsyaAllah dengan semangat yang ada akan ku usahakan yang terbaik pada masa akan datang.
Bagi aku untuk terus berkarya adalah melihat kejayaan yang dicapai oleh artis komik tempatan kita mahu pun luar negara. Sugguhpun susah, aku pasti akan terus kembangkan bakat yang ada asalkan ianya dapat dimanfaatkan bersama pembaca sekalian. Mungkin sikap terburu-buru menghasilkan sesuatu telah menjadi sebab utama terhasilnya karya yang kurang menarik. Ini menjadi titik tolak permulaan bagi aku untuk baiki kesilapan yang ada.
Dengan hanya berbekalkan skill yang biasa sahaja (hitam/putih) namun akan aku usaha untuk tingkatkan kreativiti dan stail lukisan. Art iaitu seni membuatkan aku teruja untuk hasilkan sesuatu yang baru,seni lukisan memungkin kan aku untuk hasilkan sesuatu rekaan watak mahupun cerita. Music,lagu menjadi peneman setia dikala sibuk dengan melayan lukisan yang belum disiapkan. Figure, aku suka benar mengumpul patung aksi a.k.a action figure untuk dijadikan koleksi seumur hidup...
Ketiga-tiga aspek ni memainkan peranan tertentu untuk korang mengenali aku seadanya.....sokonglah maskey., maskey juga merupakan pengkarya komik tempatan walaupun tidak sepopular kartunis yang lain....^_^

Master Doll-Monster Feroz!

Sunday, February 27, 2011

Kartunis: Maskey
Genre: Aksi/pengembaraan
Warna: Bop/katana
Terbitan: Akar Creative
M/s: 52
Harga: 5.00


Sinopsis:
    Khai & rakan-rakannya telah menerima misi yang mencabar, mereka dikhendaki untuk ke sebuah bandar iaitu Doll City( bandar ni merupkan asal penciptaan doll). Di bandar tersebut terdapat beberapa menara yang amat penting untuk membekalkan tenaga kepada penduduk di bandar tersebut,tetapi.....suatu doll yang tidak dikenali telah meghapuskan hampir semua menara suria tersebut. Dan kini,menara tersebut hanya tinggal 1 sahaja. Mampukah khai, zeto & rakan-rakannya menentang & menghalang doll gergasi yang diberi nama Feroz itu? dapatkanlah buku ini segera!

Majalah Sebelas11 Kembali!

Thursday, February 17, 2011

wan sk8!

Monday, February 14, 2011

komik  Rambut (UMBRA)
 key baru sahaja hendak merantau, dia telah menyewa sebuah rumah yang telah disyorkan oleh bosnya. Dalam rumah sewa tu key telah diserang sesuatu....?



 WanSK8!
wan sk8 ni merupakan komik strip terbaru aku kt umbra, nak tahu kedua-dua kisah ni? jangan lupa dapatkan umbra isu akan datang orait!