Umbra isu 5 & komik Zombie-X!

Thursday, August 5, 2010

Alhamdulillah...Umbra isu ke-5 telah pun berada kat pasaran..... isu kali nie menampilkan tema kemerdekaan. Alhamdulillah... bersyukur aku sebab masih dapat menyumbangkan karya yang tidak seberapa. Diharapkan dapat menghasilkan komik yang lebih jitu dari segi cerita mahupun karya aku tersebut. Umbra dah pun mencecah sehingga isu ke-5 dan aku sentiasa mendoakan agar Umbra dapat terus bertahan di arena pekomikkan tanah air. Aku berbangga dapat berkarya bersama-sama artis komik lain utnuk Umbra sebab, aku berpendapat Umbra adalah sebuah majalah yang menjadi platform untuk artis komik yang baru.

          Akar creative semakin giat menerbitkan komik hebat seperti..... Anda Tahu Ke? oleh Lembu Rock TKM, Sengalova oleh Kalipso dan Mereka oleh Rabun. Cayalah!  Akar creative dan Umbra memang best!
Sebuah majalah baru bakal diterbitkan,iaitu majalah Remaja. Dalam majalah ni aku telah buat cerita yang berunsurkan pengembaraan. Zombie-X merupakan karya 10(m/s) aku yang pertama untuk majalah ni. Semoga ianya dapat memberi kepuasan kepada semua pembaca kelak.


UMBRA ISU-5!



 















ZOMBIE-X!

Zombie-X ialah menceritakan tentang seorang remaja (Zakry) yang merupakan seorang manusia separuh  zombie. Biarpun begitu, Zakry ingin sekali menggunakan kekuatan zombienya itu untuk menghapuskan zombie-zombie yang membuat onar serta kekacauan! Zakry juga ingin menubuhkan sebuah organisasi yang diberi nama Zombie-X untuk menghapuskan zombie-zombie jahat dan nakal....hehehe