MegaJat!

Monday, June 13, 2011



Komik aku yang seterusnya ini menceritakan tentang remaja sekolah yang mendapat senjata luar biasa iaitu Monskey... ijat telah berjanji untuk mengunakan kebolehan yang dimilikinya untuk membantu masyarakat disekelilingnya. Tanpa disedari, ijat akan berhadapan dengan kuasa pengganas yang amat menginginkan senjata Monskey itu.... adakah ijat a.k.a MegaJat mampu mempertahankan senjata tersebut dari jatuh ke tangan pengganas? Mari lah dapat komik maskey terkini di pasaran!!!

MASTER DOLL: ERIC TWIN'S

Monday, April 4, 2011

Art! Music! Figure!

Monday, February 28, 2011

Asalamualaikum semua rakan yang sedang melihat blog ini, terima kasih diatas sokongan yang diberi. InsyaAllah dengan semangat yang ada akan ku usahakan yang terbaik pada masa akan datang.
Bagi aku untuk terus berkarya adalah melihat kejayaan yang dicapai oleh artis komik tempatan kita mahu pun luar negara. Sugguhpun susah, aku pasti akan terus kembangkan bakat yang ada asalkan ianya dapat dimanfaatkan bersama pembaca sekalian. Mungkin sikap terburu-buru menghasilkan sesuatu telah menjadi sebab utama terhasilnya karya yang kurang menarik. Ini menjadi titik tolak permulaan bagi aku untuk baiki kesilapan yang ada.
Dengan hanya berbekalkan skill yang biasa sahaja (hitam/putih) namun akan aku usaha untuk tingkatkan kreativiti dan stail lukisan. Art iaitu seni membuatkan aku teruja untuk hasilkan sesuatu yang baru,seni lukisan memungkin kan aku untuk hasilkan sesuatu rekaan watak mahupun cerita. Music,lagu menjadi peneman setia dikala sibuk dengan melayan lukisan yang belum disiapkan. Figure, aku suka benar mengumpul patung aksi a.k.a action figure untuk dijadikan koleksi seumur hidup...
Ketiga-tiga aspek ni memainkan peranan tertentu untuk korang mengenali aku seadanya.....sokonglah maskey., maskey juga merupakan pengkarya komik tempatan walaupun tidak sepopular kartunis yang lain....^_^

Master Doll-Monster Feroz!

Sunday, February 27, 2011

Kartunis: Maskey
Genre: Aksi/pengembaraan
Warna: Bop/katana
Terbitan: Akar Creative
M/s: 52
Harga: 5.00


Sinopsis:
    Khai & rakan-rakannya telah menerima misi yang mencabar, mereka dikhendaki untuk ke sebuah bandar iaitu Doll City( bandar ni merupkan asal penciptaan doll). Di bandar tersebut terdapat beberapa menara yang amat penting untuk membekalkan tenaga kepada penduduk di bandar tersebut,tetapi.....suatu doll yang tidak dikenali telah meghapuskan hampir semua menara suria tersebut. Dan kini,menara tersebut hanya tinggal 1 sahaja. Mampukah khai, zeto & rakan-rakannya menentang & menghalang doll gergasi yang diberi nama Feroz itu? dapatkanlah buku ini segera!

Majalah Sebelas11 Kembali!

Thursday, February 17, 2011

wan sk8!

Monday, February 14, 2011

komik  Rambut (UMBRA)
 key baru sahaja hendak merantau, dia telah menyewa sebuah rumah yang telah disyorkan oleh bosnya. Dalam rumah sewa tu key telah diserang sesuatu....?



 WanSK8!
wan sk8 ni merupakan komik strip terbaru aku kt umbra, nak tahu kedua-dua kisah ni? jangan lupa dapatkan umbra isu akan datang orait!





Master Doll (Shadow Attack!)

Monday, January 31, 2011

Asalamualaikum kekawan blogger sekalian....Syukur akau masih rajin untuk mengupdate bolg ini. Alhamdulillah... sekian lama menunggu akhirnya sekuel Master Doll aku yang ke-2 akhirnya telah diterbitkan, ianya kini telah pun berada dipasaran sekarang. Bagi korang yang telah membaca isu pertama Master Doll ni,jangan lupa ye dapatkan sekuel nya pulak. Dan akhir kata...terima kasih kerana terus menyokong kehadiran akau dalam arena seni pekomikan ni...:-)

Master Doll ( Shadow Attack!)


Kartunis: Maskey
Genre: Aksi/pengembaraan
Warna: Bop/katana
Terbitan: Akar Creative
M/s: 52
Harga: 5.00


Sinopsis Cerita:

      Selepas khai dan atuknya menghidupkan doll yang bernama Zeto, mereka telah pun menjuarai pertandingan Master Doll. Namun, pada sekuel kali ini....khai dan atuknya diberi tentangan hebat oleh kumpulan Shadow. Shadow's mempunyai misi untuk mengalahkan sebanyak mungkin doll yang ada. Dan salah satu nya ialah Zeto. Sekalinya khidmat zeto diperlukan untuk menghalang kegiatan Shadow's. Dalam pengembaraan Master Doll kali ni juga, ada satu watak baru yang akan turut membantu zeto dan rakan-rakannya....


Preview Cerita: